Alhamdulilah. Harini habis pon berpantang 44 hari. Merdeka. haha. Pagi nie macam biasa dengar Rayyan menangis, terus bangun. Biasalah time menyusu lah nie. Kesian kat En Husband lah, selalu dia pon bangun jugak. tolong dodoi kan anak. Kadang2 pagi time nak pergi kerja tu mata dia mcm 'panda' dah. Aku bersyukur sangat sebab Allah beri kami Anugerah ini dan dapat merasai pengalaman seorang 'ayah dan umi'. Ini adalah memori terindah kami setelah bergelar suami isteri. 2 Ogos aku admit dekat hospital. Seminggu jugak duduk kat sana sebab nak tunggu 37 weeks. tapi perancangan Allah itu sangat manis. 8 ogos 2016 aku terpaksa 'emergency caeser' sebab air ketuban dah kurang. Alhamdulilah pukul 11.04 pagi aku selamat melahirkan baby boy, Muhammad Rayyan Amsyar Bin Ismail Ridzwan. Time nie la baru aku dapat merasakan macam mana pengorbanan mak melahirkan aku. En Husband seminggu ambil cuti temankan aku. Terima kasih ya Allah sebab Kau kurniakan seorang lelaki yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Semakin bertambah cinta aku ini padanya. Berjaga malam, semata2 risau aku sakit sebab luka caeser tu. Banyak bersabar dan tak pernah mengeluh melayan aku yg banyak karenah nie. Bila difikir balik seronok jugak time berpantang nie, dilayan bak 'puteri raja' hehe. Terima kasih abg kerana sudi menjaga dan melayan karenah ayg sepanjang ayg berpantang. semoga anak ini menjadi penghubung dan mengekalkan lagi perasaan cinta dalam perkahwinan kita. sebenarnya En Husband yg terlebih excited dapat baby. Lepasnie abg ada geng la main game. Aku pulak ad 2 'bodyguard' pi teman shopping. hehe. Terima kasih jugak pada mak and ayah, family and family mertua sebab sentiasa ada untuk mimi sampai mimi bersalin. Nak lanje satu pic hero kami nie.
*rindu time pregnant. Rasa baby 'kick' dalam perot. haha.


